Rabu, 7 Disember 2011
Kenapa gusi asyik berdarah nie?
Jumaat, 25 November 2011
Persediaan mom--to--be--
Isnin, 21 November 2011
Kerana selera tak ada
Jumaat, 18 November 2011
baru first time tak tahu apa
Jumaat, 11 November 2011
Bagi selalu rasa mual-mual masa hamil
Panduan Makan Asam Untuk Ibu Hamil
Rasa mual yang dialami pada awal kehamilan membuatkan wanita hamil memikirkan alternatif untuk menghilangkannya. Ada sesetengah daripada mereka akan mengambil makanan yang masam bagi mengurangkan rasa loya tersebut.
Sebenarnya tidak salah untuk mengambil makanan masam saat hamil, namun jangan mengambilnya ketika perut masih lagi kosong. Makanan jeruk bersifat menghakis dan berisiko untuk melukai perut jika diambil ketika perut dalam keadaan kosong. Oleh itu, paksa diri untuk mengambil makanan lain sebelum mengambil jeruk misalnya nasi, roti, mi atau kuih-muih.
Sebenarnya daripada memilih jeruk untuk menghilangkan loya cuba carilah makanan yang diperbuat dari buah-buahan semula jadi berbanding jeruk yang diperam dengan bahan pengawet kerana ia mengandungi banyak kalori dan mengandungi bahan pengawet.
Wanita hamil juga boleh mengambil asam jawa, limau nipis atau lemon untuk menggantikan cuka atau jeruk buatan yang mengandungi banyak bahan pengawet. Lagipun ia mengandungi bahan kimia yang mudah menghakis perut.
Perlu diingat, ambil bahan asam dengan jumlah sederhana. Jangan pula memakan jeruk sampai anda menjadi kenyang lalu melupakan jadual pemakanan utama. Perlu diingat, sepanjang kehamilan ini anda memerlukan sekurang-kurangnya tambahan 300 kalori atau satu hidangan nasi dengan lauk-pauk berbanding sebelum hamil. Cari makanan lain selain jeruk yang masam misalnya air halia hangat dan elakkan pengambilan makanan bergoreng dan bersantan bagi mengurangi rasa loya.
Ambil dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap. Boleh juga membangkitkan keadaan mual dengan memanfaatkan bau-bauan dari aromaterapi.
Tidak Salah Nikmati Asam
Ramai di kalangan wanita hamil yang mengambil makanan masam seperti acar buah, rojak buah, mangga muda yang dicicah kuah rojak dan pelbagai makanan masam sebagai makanan kegemaran di awal kehamilannya.
Ada juga di kalangan mereka yang mengambil makanan sebegini seharian sehingga melupakan menu utama yang seimbang. Ia menjadi jalan penyelesaian untuk mengatasi rasa loya dan mual ketika melalui fasa morning sickness di awal trimester.
Malah keadaan sebegini boleh juga terjadi di akhir trimester. Perasaan mual yang dialami oleh wanita hamil berbeza-beza mengikut trimester. Ada yang melalui dalam keadaan yang biasa-biasa ada pula yang mengalami mual yang teruk sehingga menyebabkan mereka tidak mampu untuk menjamah apa-apa juga makanan di dalam mulut.
Salah satu pencetus rasa mual kepada ibu hamil adalah disebabkan perubahan paras hormon estrogen dan progesteron di awal kehamilan. Perubahan hormon ini menyebabkan tubuh perlu bekerja keras untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru itu.
Akibatnya deria bau dan deria rasa wanita hamil menjadi lebih sensitif berbanding hari biasa. Ketika mual dialami, secara automatik wanita hamil mula mencari sesuatu untuk mengurangkan rasa mual itu akhirnya mereka cenderung untuk mengambil makanan yang masam mahupun pedas.
Namun elakkan dari mengambilnya secara berlebihan. Sungguhpun pengambilan makanan masam tidak mengganggu pertumbuhan janin, namun ia boleh mengundang masalah kesihatan kepada ibu. Justeru ia juga mampu mengancam janin di dalam perut akibat kekurangan gizi yang seimbang.
Tip Ambil Makanan Masam
1. Rojak Buah
Tidak salah mengambil rojak buah kerana ia mengandungi vitamin, mineral, serat dan zat warna pada buah. Justeru, makan dengan buah-buahan yang disarankan. Satu hidangan buah dengan potongan sederhana. Bagi mendapatkan kandungan gizi yang lengkap, pelbagaikan dengan jenis dan warna buah-buahan dalam rojak anda. Selain mangga muda mahupun kedondong cubalah nikmati dengan strawberi mahupun kiwi.
2. Sayuran Masam
Ia juga mengandungi vitamin, mineral, serat dan sumber protein misalnya tauhu dan kekacang. Pengambilannya sama seperti memakan buah-buahan tetapi ia perlu diambil setiap hari. Tidak salah untuk menambah sedikit cuka namun jangan dimakan terlalu kerap.
3. Acar
Ia mengandungi bahan serat, vitamin dan mineral. Oleh itu, buah dan sayuran yang akan digunakan untuk bahan acar perlu dihadkan jenisnya. Pemprosesan buah dan sayuran yang menjadi acar juga membuatkan sebahagian daripada zat makanan di dalamnya berkurangan. Justeru perlu dihadkan pengambilannya.
4. Yogurt
Ia mengandungi sumber protein, kalsium, vitamin dan lemak untuk setiap yogurt yang diambil. Ia merupakan jenis makanan ringan yang ideal untuk diambil oleh wanita hamil. Selain kandungan gizi yang lengkap, kandungan bakteria baik di dalamnya juga dapat memelihara kesihatan saluran pencernaan dan mencegah sembelit yang kerap menyerang di saat hamil. Tambahkan potongan buah di dalam yogurt untuk menikmatinya dengan lebih lazat dan berkhasiat.
Jumaat, 21 Oktober 2011
Betul ke nie? upt (-ve) ker (+ve)
Selasa, 18 Oktober 2011
Seronok blogwalking
Jumaat, 14 Oktober 2011
baby...baby....
Sabtu, 20 Ogos 2011
kerana ia tersebar
Ahad, 7 Ogos 2011
EXCITED BERAYA DENGAN HUBBY
berbalik kepada tajuk kita, tahun nie kali pertama aku beraya bersama suami tercinta, nak turn beraya di kampung dia iaitu di Perak, tetapi nampaknya kami beraya kedua-dua kampung. di sebabkan aku memang cuti seminggu bergitu juga dengan hubby, so 4 hari di kampung dia dan 4 hari juga di kampung aku. kampung aku? hehehehe...tahun nie aku balik kampung sabah, dah lama tak jumpa nenek, boleh lah di kenalkan hubby aku nie...
aku bergitu excited nak beraya, sebab sebelum nie kitorang sekeluarga duk raya di KL jer tak merasa meriah sangat, so dah ada kampung nie aku excitedlah...dengan beli baju baru, macam-macam baru dan terutama nya aku dah beli beg balik kampung baru, heehehe..sampai hubby kata tahun nie, semua baru...hish2...hubby layan jer kerenah isteri dia nie....
yang aku nak sangat pakai baju raya sedondong dengan hubby, ada gak setengah orang tak suka sedondong tapi alhamdulilah hubby sama citerasa, so baju raya kitorang ialah kain hantaran masa kitorang nikah aritu, cuma kain baju aku jer kain tak berapa selesa, tukang jahit tu bagi assisstant yang buat ketat betul, jahit pun nampak sgt kain tu tersalah sukat, sendiri fikirlah x kan lah aku buat baju kurung pahang kain sempit, msti lah semua nak besar supaya aku leh pakai lama. terpaksalah aku baiki sendiri..tu aku tak suka bagi orang jahit, x menepati hati aku.
tema kitorang kuning gold...hehehehe...menyerlah x? sampai baju nak jalan-jalan pun aku beli corak agak sedondong dengan hubby, baru lah best. waktu couple dulu x dapat buat macam tu sebab segan (walaupun kadang2 lleh palak sama) sekarang aku peduli apa suami isteri lantak [p lah...hehehehe...
tapi bulan pose nie aku jaranglah berpuasa dengan hubby sebab dia keje jauh sikit, kecian kalau balik jem dan dapatlah kurangkan tol n minyak..nak kumpul duit nak raya lah katakan...hehehehe..aku x kesah dan faham, bila hubby balik nak berbuka sama apa lagi semua yang dia suka aku try sediakan..begitu juga sahur.
macam semalam, dah seminggu hubby tak jumpa hubby, memang terasa lah rindunya, dah kahwin nie lain rasanya jarang jumpa sebab dah biasa ada di sisi, cadang 2 minggu sekali balik..tut2...jadi seminggu...hehehehe
tak sabar tul aku nak raya nie, macamana lah rasa beraya di rumah mentua kan? berdebar-debar gak rasa...hehehe...
Ahad, 24 April 2011
Kek batik & karipap segera
Sabtu, 2 April 2011
Kerana adapter laptop mini aku
Selasa, 15 Februari 2011
Herbalife
Khamis, 20 Januari 2011
Permulaan Herbalife
Kelayakan professional..
Khamis, 6 Januari 2011
i want that, i dreams that...but....
Semua orang mengimpikan di majlis nye adalah yang sangat lain dari yang lain dan apa yang ingin semua di buat pada masa itu. begitu juga aku, tetapi disebabkan masalah kewangan, aku terpaksa juga buat seringkas yang boleh. Hari semakin tiba tetapi aku masih tidak buat apa-apa, bila aku fikirkannya mesti aku sedih balik.
Bila aku tengok kawan-kawan aku kahwin, lihat gambar mereka dan majlis mereka aku jadi sedih kerana mungkin majlis ku tidak seperti mereka, didalam kesedihan aku, aku bahagia kerana mempunyai suami yang amat memahami, aku juga memahami si dia dan kemampuannya. yang penting dia sayang aku dan faham dengan aku.
Si dia lah yang banyak menghilangkan kekusutkan kepala aku nie, bila aku sedih aku teringat kat dia aku jadi semangat balik.
aku harap majlis persandingan ku akan datang berjalan lancar dan tetap menjadi kenangan yang terindah walaupun kami tidak mempunya jurukamera yang profesional. aku masih boleh tangkap gambar mengunakan kamera hp ku ini.
Itulah nak sangat kahwin cepat, tapi aku fikir dari aku kehulur-hillir tanpa ikatan yang sah, baik nikah jer walaupun tak buat benda tak elok, hati tetap rasa takut dan malu.
memang lain bila dah nikah nie, berjalan berpegang tangan nak bergambar rapat dan peluk, tiada perasaan takut tetapi bahagia dan rasa sayang sangat. siapa yang baru kahwin tahulah perasaan macamana. mak ayah pun dah tak risau anaknya kuar sebab anaknya bersama suami.
sekarang nie kami pun jumpa di hari minggu jer, tu lah masa untuk luangkan masa dengan suami tercinta :)