eVERTHING IS cUTES jUST CLICK THIS PICTURE

Khamis, 20 Januari 2011

Kelayakan professional..



Ramai yang berlumba-lumba ingin mendapat kelayakan professional di dalam bidang mereka. seperti aku, selama lebih kurang 5 tahun aku belajar bidang perakaunan nie dari sekolah, matrik dan di universiti.
Dari sekolah aku amat minat dalam pengiraan dan sains, tetapi aku tumpukan sepenuhnya ke matematik dan menyebabkan aku mendapat masuk ke kelas perakaunan. aku tidak tahu bidang ini pada masa akan datang amat mencabar minda dan tinggi tarafnya.
aku mengikut sahaja perjalanan hidup aku sehingga lah aku tamat pengajian bidang bachelor perakaunan di universiti tempatan. walaupun keputusan aku tidak sehebat yang sepatutnya tetapi aku bangga kerana semua itu usaha aku sendiri dan sehingga kini aku masih mahir membuatnya. dari dulu lagi aku memang suka melakukan sesuatu tugasan seorang diri. ia terbawa-bawa ke tempat kerja yang aku suka melakukan kerja keseorangan dan beljar dengan sendiri.
hujung bulan depan genap 3 tahun aku kerja sebagai akaun eksekutif cum percukaian. sepatutnya aku dah boleh mohon untuk memdapat kelayakan professional tetapi aku tidak minat bidang ini. Walaupun minat itu tak ingin lebih ke professional aku tetap mahu mengumpul pengalaman bidang ini cuma tidak ada bukti bahawa aku mahir dalam membuat akaun dan mengira cukai.
Tetapi bila difikirkan balik aku mungkin tidak layak untuk mengambil kelayakan professional akibat daripada kelulusan aku masa di universiti kurang baik. aku tahu kelemahan aku hanya satu, bahasa Inggeris aku lemah. aku faham semua yang di ajar dan cara nak buatnya tetapi untuk menyampaikan dalam bahasa Inggeris aku gagal.
Tetapi aku tahu, aku mahir kerana itu aku diberi kepercayaan untuk membuat tugasan seorang tanpa ada teman yang sama tugasan walaupun masih dipantau oleh pengurus. Bukan sesuatu yang mudah untuk melakukannya kerana risikonya sangat tinggi, bila ada yang terlepas pandang memang di tahap bahaya.
Walaubagaimana pun aku perlu tabar dan sabar dan terus menimba ilmu lagi.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my favorite song for this drama..

my favorite japanese drama..with love..