eVERTHING IS cUTES jUST CLICK THIS PICTURE

Khamis, 29 Mac 2012

kesilapan ku membuat keputusan terlalu awal...

Aku tiba-tiba malam nie terfikir ini kesilapanku yang telah buat aku sedih tiba-tiba.
aku telah behenti kerja terlalu awal, sebelum behenti aku dah fikir masak-masak tetapi kenapa aku terfikir semula sekarang? aku rasa kalau aku tak behenti kerja sekarang tentu aku dapat beli apa yang aku inginkan terutama untuk bakal baby ku nie, tapi semua dah lepas,aku tak boleh patah balik..terus maju ke depan.
aku behenti awal kerana mana aku sanggup lagi pegang kerja-kerja tu seorang diri dengan keadaan aku tengah mengandung nie, aku tak mahu tekanan berlaku ke atas aku, aku ingin aDa anak jadi aku tak mahu disebabkan tekanan aku hadapi masalah dengan kandungan kerana aku terlalu stress ditempat kerja.
aku dah biasa ada duit sendiri, bila aku mengharap suamiku jer aku rasa kesian kat dia, dia tak putus asa dan bertambah kuat kerja untuk aku dan anak yang bakal lahir nie. tapi aku bersyukur kerana walaupun kami buat keputusan duduk kampung dan kerja kampung, kami happy dan kurang stress, suamiku juga dapat tidur dengan cukup kalau tak bayangkan dulu dia kerja masa kami di kl, 12jam dan tidur hanya dapat 4, 5 jam jer sehari. tetapi sekarang dia dapat tidur seperti biasa cuma lebih penat sebab kerja sendiri.
Aku pernah kata padanya, kalau lah aku behenti kerja sampai aku bersalin kan elok lagi, tapi masa tu aku dah fikir kalau behenti masa itu mesti aku akan dipersalahkan kerana pada masa itu ofis tengah berlambak kerja dan aku amat diperlukan pada masa itu untuk selesaikan semua kerja di bawah aku. sebab tu aku behenti awal supaya mereka sempat mencari penganti aku.
Suami aku pun cakap ada hikmahnya dengan keputusan nie, asalkan kita masih bahagia dan happy itu sudah cukup.
selepas aku berpantang nanti aku harap dapatlah aku kerja untuk bantu suamiku, selagi aku masih muda untuk bekerja.

Khamis, 22 Mac 2012

nak merantau tapi tak boleh

huhuhu, dah lama aku tak tulis entry kat sini kan? sekarang dah masuk 27 week kalau ikut nurse tu kira, kalau aku kira dah 28 week, tapi kalau scan plak baru 26 week...hihihihi tak tahu mana satu kan?....baby nie pun dah leh rasa gerak-gerak gak....

Aku sekarang asyik fikir pasal kehidupan aku, hubby dah kuat bekerja tapi aku tetap risau dengan pendapatan keluarga aku, sekarang memang tak leh nak bekerja sebab aku tengah preggy, nanti pas pantang aku nak try cari keje, tapi kat area kampung tu mana ada keje ofis, yang ada pun keje jabatan kerajaan, macamana aku nak masuk kalau orang-orang lama pun tak pencen lagi...huhuhuhu

aku cakap nak merantau biar aku keje kat kl, sebab peluang kat sana banyak, hubby kat kampung tapi si dia tak bagi, mana nak berjauhan dengan aku n bakal baby nie....huhuhu..tak tahu lah ada keje ker tak nanti kat kampung tu, aku kena bantu suami aku gak tambah pendapatan aku dah biasa ada duit sendiri.....

aku harap rezeki anak aku nie ada, semuanya untuk anakku nie...yang terbaik untuknya...

Sabtu, 28 Januari 2012

Anak mama nie nape mama tak rasa yer...


Kalau ikutkan pada tarikh yang betul minggu nie dah 20 minggu tapi ikut scan masih 19 minggu...patutnya sesetengah orang dah rasa kick dak dalam perut nie tapi nape aku tak rasa-rasa. heran juga nie, tapi bila scan baby nya sihat n aktif atau baby nie kecik sangat lagi kot,
teringat masa teringin nak baby sangat-sangat...setahun lebih pas nikah baru lah preggy, tak tahu apa perasaan nak di cakapkan happy sangat-sangat tetapi tetap risau keadaan baby nie,

dah lah tak rasa apa, besar perut nie pun tak nampak sangat, mungkin ikut mak kot, pinggang panjang perut muat jer isi....hehehe....paling nak tahu jantina, orang kata tak payah lah nak tahu, tapi tak sabar nak tahu sebab sana kata girl sini kata boy tapi memang banyak kata girl...mungkin disebabkan belum ada cucu atau anak sedara kecik yang girl lagi....hehehe...

kami memang tak kesah asalkan baby nie sihat sempurna untuk kami,
lagi pun saya nie memang cepat kenyang tak macam orang mengandung lain asyik nak makan jer...saya kurang sangat...kadang-kadang malas nak makan....

saya suka lah tengok baby dalam scan tapi tak eloklah selalu nak buat scan kan..hehehe...

bulan depan nak check-up lg harap-harap sihat sempurna.....

Jumaat, 27 Januari 2012

Sedih plak rasanya bila dia kata bergitu....

Hmmm....tiba2 baca statement tu tak ada rasa apa sebab malas nak ambik port..tapi bila orang lain sekali masuk campur terasa jadinya...
tak apa....memang dia nak buat kita terasa...dah berniat dalam minta maaf....

tapi rasanya saya lum buat apa-apa janji, saya dah kata nanti saya comfirmkan balik....ke hilang statement tu? entahlah...terpulanglah....kalau ikut hati di mana dan ke mana sahaja aku nak pergi tapi kerana masalah $$$ aku perlu fikirkan, semuanya kerana $$$....

Ada terfikir kenapa semua tu selalu tak jadi? tak ada, masalah utamanya $$$...hanya kerana kita tak ada $$$ yang cukup kita terpaksa batalkan niat kita tu, kerana itu kawan leh tinggal dan malas lagi nak ambik tahu dah..terpulang lah...sebab utama kerana $$$...

sebab sentiasa di ingatkan nanti kita comfirmkan...tak apa lah...biar jerlah lepas nie pun hal kawan-kawan saya dah tak dapat ambik tahu dah...jauh di sana, sentiasa nak tahu perkembangan kawan-kawan tapi ada orang ambik tahu masalah diri nie?...tak ada pun....bagi orang nak tumpang senang jer yang difikir....

Nie baru sebulan aku tidak bekerja, telah macam-macam berlaku hanya kerana $$$.....efek $$$ memang besar walau kepada sesiapa pun...kerana saya tak ada $$$ orang takut nak ajak sebab nanti mereka yang perlu keluarkan $$$ walaupun kadang-kadang saudara terdekat dan paling dekat....sebab mereka tak pernah ada masalah $$$ seperti yang berlaku nie....

apa yang penting kita tak ganggu hidup orang, biar jerlah....kita susah pun lum tentu orang-orang tu tolong kita.....kalau tak kerana untuk kepentingan mereka sendiri...

kerana kata-kata yang kecik kesan yang mendalam dalam diri...

Yang penting biar saya bina hidup baru, suasana baru dan jauh dari segala-galanya....lumrah hidup.....
(^~^)

Rezeki masing-masing

Kali nie aku nak luahkan perasaan yang terbuku dalam fikiran aku nie, aku memang buat keputusan behenti kerja kerana pening dah pegang kerja aku sekarang, aku pasti dan percaya mungkin tahun nie jika aku terus bekerja di sini gaji naik lagi ke angka yang memuaskan tetapi disebabkan aku fikir tak sanggup hadapi tekanan kerja yang efek diri aku sendiri terutama baby dalam perut nie baik aku tarik diri. Aku kena terima selepas nie hanya suami aku yang cari pendapatan keluarga, kecian dia memanglah tanggungjawab dia tetapi kita sebagai satu rumahtangga mesti nak yang terbaik untuk keluarga kita kan? alhamdulilah kami masih tetap bahagia, cuma aku dah tak dapat nak bantu keluarga aku lagi, dah biasa bantu keluarga sendiri nie terpaksa lepaskan semua rasa terkilan pula.....
Aku harap mereka tetap ok, walaupun ada anak-anak yang lain tapi aku juga ingin bantu juga, berkat duit bai ibu bapa kita...
rezeki pun sentiasa ada...
Teringat kata-kata kakak semasa aku pratikal dulu, masa kamu bujang lah kamu dapat bantu ibubapa aku lebih, bila kamu nak kahwin nak bantu sikit pun belum tentu sentiasa....memang benar kata akak tu..sebab tu aku bantu yang aku boleh bantu, asalkan kami selesa dengan kehidupan kami sekuarga.....

alhamdulilah kerana berkat tersebut kami tetap bahagia....

Rabu, 25 Januari 2012

Pindah Balik Kampung Hubby


akhirnya aku telah memindahkan semua barang yang aku ada di gombak nie ke kampung hubby aku untuk tinggal di sana jadi orang perak...hihihihi. keputusan yang agak lain dari lain, semua nya berubah dari berkerjaya jadi surirumah sepenuh masa, dari seorang isteri bakal jadi seorang ibu, dari orang bandar akan jadi orang kampung.

tapi serius, aku ikut hubby aku duk dengan family dia buat sementara waktu untuk kami bina hidup baru dan hidup berdikari....hehehehe.... memang kekok lah sebab dah biasa sibuk dengan ofis yang beraircond, tiba-tiba duk umah jer.
Kebetulan aku tengah mengandung nie, agak kurang rajin nak buat kerja rumah, hehehe....tapi tolong lah sikit-sikit hubby tu. syukur rezeki tetap ada walau di mana-mana, asalkan kita bahagia kan?

dalam sibuk-sibuk aku nak pindah nie tiba-tiba aku terbaca komen kawan aku kata ada exam gov. so aku cek aku dapat plak panggilan exam tu. hehehe....barang dah sampai dah kat kampung tapi aku masih di sini sehingga exam nanti sebab tak nak susahkan hubby aku duk hantar aku ke sini, exam di sini walaupun aku dah mohon di perak....huhuhuhu..sian hubby sorang2 kemas barang tu (kalau aku ada pun bukan leh wat berat2 pun....hihihihi)

rezeki anak kot, dapat plak panggilan exam nie entah kali ke berapa...hehehe...kalau lulus kena fikir tu sebab tak akan nak berjauhan dengan anak dan hubby tercinta kan? nie baru berjauhan kejap aku dah rasa rindu sangat...huhuhuhu...

yang kelakarnya barang aku jer penuh satu lori macam orang pindah umah bukan pindah bilik...hahahaha....semua pelik apa lah aku angkut tu. hubby aku tau lah apa yang diangkut sebab dia tolong kemas2 barang aku, tu pun banyak yang dipantau supaya jangan simpan barang-barang yang tak sepatutnya...hehehe...aku nie sayang barang, baju tak muat pun still simpan, barang masa kanak-kanak pun simpan..hehehe..

yang penting hati lega dah...selesai permindahan, nanti aku balik kampung kena kemas2 apa yang patut,...hehhehe...

Selasa, 3 Januari 2012

aKAN jADI oRANG kAMPuNg

hai semua, lama kan x tulis entry kan? selepas nie lagi jarang dapat tulis sebab nanti saya akan berpindah ikut suami ke perak, huhuhuhu, kat sana dah cek dah x ada internet yang sesuai, xpe lah nanti kena tumpukan untuk persiapan baby nie dan menjadi suri rumah sepenuh masa.

Saya dah behenti kerja dah, masuk tahun baru so semua baru, jadi suri rumah, insyaallah jadi mama, hihihihi...alhamdulilah alah masih x ada lg cuma mungkin alah lain kot macam muka nie asyik berminyak jer, abis jerawat tumbuh sampai kat badan, pastu rambut pun rasa macam nak ada kelumumur, gatal kepala...hmm...horman terlebih kot, hihihihihi...

biasalah kot ikut papa dia kot, muka berjerawat, mama dia muka x berjerawat..tapi kecian lah kan..harap x lah cian dia kan muka berjerawat. bila mengandung nie lagi rasa macam nak nangis jer, tambahan jauh dari suami nie, dia dah ada kat kampung, saya nanti baru balik kampung sebab nak kemas apa yang patut, huhuhuhu.....rindu sangat kat si dia...huhuhuhu..
tapi x tahan lah muka nie asyik berminyak jer, nak kata x cuci setiap kali mandi dah cuci tapi tu lah tetap ada......

nanti duk kampung nak try buat business sendiri, nak buat akaun di rumah jer, kalau ada siapa yang perlukan khidmat akaun bagi tau yer...hihihihi

ok lah dah lewat nie, saya pun tak tahan nie muka nie berminyak dan rasa gatal-gatal plak...huhuhu....selamat malam semua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my favorite song for this drama..

my favorite japanese drama..with love..

Sudoku Puzzles

KeiNgiNanKu...

Laptop DeLL mini-----------Yes!
Rumah sendiri
Kerja kerajaan
Lesen kereta dan motor
Kehidupan berkeluarga sendiri
Kamera canon