eVERTHING IS cUTES jUST CLICK THIS PICTURE

Sabtu, 2 April 2011

Kerana adapter laptop mini aku


Hai kawan2 lama kan aku tak update blog, hihihihihi....sebab pertama aku baru kahwin (tahun lepas dah nikah, baru pas kenduri baru-baru nie) hihihihi...so sibuk sikit, dan sebab utama adapter laptop mini aku rosak.huhuhuhu...tiba2 tak mahu cas, puas hari minggu aku pergi cari dekat-dekat rumah aku, tetapi tak ada dijual katanya, yang ada untuk laptop biasa, mini x ada..payah gak tak ada adapter nie, mcmana nak main internet. kat ofis selalu berebut-rebut, jarang aku dapat main.huhuhuhu...dapat pun masa aku kena skip makan untuk melayarinya.huhuhu...
so aku buat keputusan pergi cari di low yat gak, akhirnya jumpa dan memang tak ada sebenarnya..semua kedai yang aku singgah tak ada kecuali satu kedai repair nie, ada jugak. mahal gak, tapi tak apa sebab aku boleh pakai. so, aku boleh melayari internet lepas nie. :)

Selasa, 15 Februari 2011

Herbalife

Wah! terpaksa aku stop sebab banyak benda aku nak buat dan terlalu banyak kerja. Herbalife nie sedap gak aku rasa, nanti nak try yang Herbalife formula 3 punya plak, mana lah tau ada banyak plak turun. aku yang penting shape badan nie. hihihihi...pastu nak try teamix dia plak macamana, mengikut apa yang dengar senang nak turun kalau minum tea mix nie. apa-apa pun kita tengok nanti.

Khamis, 20 Januari 2011

Permulaan Herbalife


hai semua, seingat aku mula-mula aku minum nie tahun lepas awal tahun, tapi sekejap jer lepas tu aku berhenti sebab malas nak minum dah, nasib baik nutrisi herbalife nie tak buat badan aku macam yoyo, masa tu mahu turun dalam 4kg. tahun nie berat tu masih maintain.


Disebabkan aku nak bersanding aku sambung balik minum shack aku yang tak habis tahun lepas dalam separuh. hihihihihi..so, aku sambung minum Herbalife nie balik, dah 3 minggu aku minum dah mula turun sikit dalam 2 kg. cepat plak habis.


nak order lagi dekat kakak kat ofis aku nak sampai target aku. Herbalife nie sejenis nutrisi, aku hanya minum waktu pagi jer ganti sarapan. cuba kalau aku inum 2 kali sehari mau turun banyak kan?....so korang yang agak berisi nak turunkan berat leh lah cuba yer...semoga berjaya.

Kelayakan professional..



Ramai yang berlumba-lumba ingin mendapat kelayakan professional di dalam bidang mereka. seperti aku, selama lebih kurang 5 tahun aku belajar bidang perakaunan nie dari sekolah, matrik dan di universiti.
Dari sekolah aku amat minat dalam pengiraan dan sains, tetapi aku tumpukan sepenuhnya ke matematik dan menyebabkan aku mendapat masuk ke kelas perakaunan. aku tidak tahu bidang ini pada masa akan datang amat mencabar minda dan tinggi tarafnya.
aku mengikut sahaja perjalanan hidup aku sehingga lah aku tamat pengajian bidang bachelor perakaunan di universiti tempatan. walaupun keputusan aku tidak sehebat yang sepatutnya tetapi aku bangga kerana semua itu usaha aku sendiri dan sehingga kini aku masih mahir membuatnya. dari dulu lagi aku memang suka melakukan sesuatu tugasan seorang diri. ia terbawa-bawa ke tempat kerja yang aku suka melakukan kerja keseorangan dan beljar dengan sendiri.
hujung bulan depan genap 3 tahun aku kerja sebagai akaun eksekutif cum percukaian. sepatutnya aku dah boleh mohon untuk memdapat kelayakan professional tetapi aku tidak minat bidang ini. Walaupun minat itu tak ingin lebih ke professional aku tetap mahu mengumpul pengalaman bidang ini cuma tidak ada bukti bahawa aku mahir dalam membuat akaun dan mengira cukai.
Tetapi bila difikirkan balik aku mungkin tidak layak untuk mengambil kelayakan professional akibat daripada kelulusan aku masa di universiti kurang baik. aku tahu kelemahan aku hanya satu, bahasa Inggeris aku lemah. aku faham semua yang di ajar dan cara nak buatnya tetapi untuk menyampaikan dalam bahasa Inggeris aku gagal.
Tetapi aku tahu, aku mahir kerana itu aku diberi kepercayaan untuk membuat tugasan seorang tanpa ada teman yang sama tugasan walaupun masih dipantau oleh pengurus. Bukan sesuatu yang mudah untuk melakukannya kerana risikonya sangat tinggi, bila ada yang terlepas pandang memang di tahap bahaya.
Walaubagaimana pun aku perlu tabar dan sabar dan terus menimba ilmu lagi.

Khamis, 6 Januari 2011

i want that, i dreams that...but....



Semua orang mengimpikan di majlis nye adalah yang sangat lain dari yang lain dan apa yang ingin semua di buat pada masa itu. begitu juga aku, tetapi disebabkan masalah kewangan, aku terpaksa juga buat seringkas yang boleh. Hari semakin tiba tetapi aku masih tidak buat apa-apa, bila aku fikirkannya mesti aku sedih balik.


Bila aku tengok kawan-kawan aku kahwin, lihat gambar mereka dan majlis mereka aku jadi sedih kerana mungkin majlis ku tidak seperti mereka, didalam kesedihan aku, aku bahagia kerana mempunyai suami yang amat memahami, aku juga memahami si dia dan kemampuannya. yang penting dia sayang aku dan faham dengan aku.


Si dia lah yang banyak menghilangkan kekusutkan kepala aku nie, bila aku sedih aku teringat kat dia aku jadi semangat balik.


aku harap majlis persandingan ku akan datang berjalan lancar dan tetap menjadi kenangan yang terindah walaupun kami tidak mempunya jurukamera yang profesional. aku masih boleh tangkap gambar mengunakan kamera hp ku ini.


Itulah nak sangat kahwin cepat, tapi aku fikir dari aku kehulur-hillir tanpa ikatan yang sah, baik nikah jer walaupun tak buat benda tak elok, hati tetap rasa takut dan malu.


memang lain bila dah nikah nie, berjalan berpegang tangan nak bergambar rapat dan peluk, tiada perasaan takut tetapi bahagia dan rasa sayang sangat. siapa yang baru kahwin tahulah perasaan macamana. mak ayah pun dah tak risau anaknya kuar sebab anaknya bersama suami.


sekarang nie kami pun jumpa di hari minggu jer, tu lah masa untuk luangkan masa dengan suami tercinta :)

Khamis, 11 November 2010

Exam KPLI ESok...huhuhuhu

WAh...takutnya esok ada exam kpli lagi..nie kali ke2 aku exam mtest, sblm nie ada gak try tp aku daftar x betul..serve ms tu x ok...huhuhuhu...kali ini aku kumpul2 maklumat-maklumat untuk menghadapi exam tu, nak sangat tapi aku tau tu semua terpulang kepada rezeki masing-masing....huhuhuhu..doakan aku lepas yer...nak sangat... kalau sesiapa nak tips just search internet jer...ada gak yang bagi ilmu untuk kita tau....ok lah doakan aku lepas yer....risau nie...dah lah exam jauh plak tu dapat kat putrajaya plak...pelik gak..tapi pergi jerlah...cayokkk!!!

Sabtu, 30 Oktober 2010

keunikan azan yang di alunkan seluruh dunia...

ini lah salah satu keunikkan azan di alunkan di setiap negara, fahami lah ia..



baru ku faham, azan sentiasa ada di bumi ini...itulah fungsinya...tiada putus..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my favorite song for this drama..

my favorite japanese drama..with love..