eVERTHING IS cUTES jUST CLICK THIS PICTURE

Jumaat, 23 Julai 2010

cinta datang dari mimpi (part 2)

"Assalammualaikum, mira sudah balik" mira memberi salam setelah sampai rumah. "Waalaikumussalam mira" sahut Pn. Fatimah. " mira pergi mandi yer, selepas itu boleh kita makan tengahari emak masak gulai tempayak untuk mira nie" sambung ibu mira. "gulai tempoyak mak? wah! sedapnya mak" jawab mira kegembiraan. Mira bergegas naik ke bilik dan bersiap-siap mandi untuk makan bersama ibunya. Selalu di waktu macam ini mira selalu menjamu selera berdua dengan ibunya sahaja kerana ayahnya balik kerja petang, abangnya pula selalu balik lambat dari sekolah untuk mengulangkaji di perpustakaan sekolah.
Setelah kenyang Mira menjamu selera, mira berehat sambil menonton televisyen drama kegemarannya cerita sepanyol 'maria mercedez'. Selepas itu mira balik ke biliknya untuk menyiapkan kerja sekolah.
Jam menunjukkan pukul 5 petang. Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam. "Assalamualaikum....mira...ooo...mira" Nana memberi salam.
"Waalaikumussalam...oo...nana...nie mesti kau nak ajak aku pergi padang mainan kan?" Mira menjawab salam.
"tau tak ape, jom lah, tadi masa aku lalu padang tu, aku nampak budak tu ada, dia tengah main bola." Nana umpan Mira untuk ke padang.
"iye ker?...jomlah, tadi dekat sekolah aku tak nampak dia." Mira berkata.
Mira dan Nana bergegas ke padang yang berdekatan dengan rumah mereka. mereka berdua memang suka bermain jongkang=jongkit serta buaian di waktu petang macam ini. Sambil mereka bermain, mereka mencuri padang seorang budak lelaki yang sedang main bola bersama kawan-kawannya. Tiba-tiba......
"Aduh!!" Mira menjerit kesakitan. Secara tidak sengaja bola terkena di kepala Mira, datang seorang budak lelaki yang agak tinggi serta berambut belah tengah menegur mereka berdua.
"Maafkan saya awak, saya tak sengaja sepak bola tu, mari saya tengok teruk tak?" tegur budak lelaki itu. Budak lelaki itu melihat sedikit lebam di kepala Mira.
"awak nie lain kali sepak bola tu perhatikan lah sekeliling dulu, sini kan tempat budak-budak main buaian." sedikit suara marah Mira menegur budak lelaki itu.
"Saya kan tadi kata tak sengaja, maafkan saya yer?" sahut budak lelaki itu.
"tak apa lah, benda sudah jadi lagi pun tak teruk sangat, kalau budak kecik tadi memang nahaslah awak nanti." Mira tidak mahu perkara kecil diperbesarkan.
"terima kasih maafkan saya, saya syafiq" budak lelaki itu menperkenalkan diri tanda mahu bersahabat.
"sama-sama, saya Mira dan nie Nana" Mira juga menperkenalkan diri dia serta kawannya.
"hai" sambil Nana tersenyum.
"wei syafiq! berapa lama kau nak ambik bola tu?" kawan-kawan Syafiq memangil.
"ok..ok...sekejap aku datang, Mira saya minta diri dulu lain kali saya tak buat lagi dekat Mira yer" Syafiq menjawab.
"ok tak apa" Mira berkata.
"bye"
"bye" sambil melihat syafiq kembali ke tempat main bola, Nana menjelinh ke mata Mira sambil tersenyum.
"Hai, rezeki kau lah kan dapat berkenalkan dengan Syafiq tu walaupun nie kepala kau benjul..hehehe.." Nana mengusik. Mira terus cubit Nana. Tidak berapa lama mereka berdua pulang ke rumah masing-masing.
di malam hari......
Mira tersenyum-senyum sendiri teringat kejadian di petang tadi sampai terlena.....

Isnin, 31 Mei 2010

aku perlu bersendirian...

aduh!!, serabutnye kepala aku, rezeki ku ingin kerja kerajaan tidak masih terbuka, aku gagal lagi untuk kali ke-2. stressnye aku, macam-macam aku telah cuba tetapi masih tiada ruang untuk aku. mesti korang pelik kenapa aku terlalu ingin kerja itu. aku perlu kerja yang tetap dan aku tidak perlu fikir banyak sebab kerja kerajaan nie buat kerja dia jer pastu banyak kursus, hihihihihi...sebenarnye pasal gagal nie aku tidak terlalu stress sebab memang aku sudah bersedia yang aku tidak akan berjaya masuk kerana aku tiada kabel untuk ke sana. yang aku stress sangat-sangat, kenapa aku selalu di uji macam-macam ujian, semakin lama aku semakin lemah untuk hadapinya, adakah aku memang tidak akan kecapi kebahagiaan? kalau betul kenapa aku masih lagi "ada"? terpaksa lah aku hadapinya lagi, entah bila ia akan berakhir aku tidak tahu...setiap pengalaman orang di sekeliling aku membuatkan aku lagi bertambah lemah dan takut. adakah aku akan seperti mereka juga suatu hari nanti? itu semua ketentuan, itu aku tahu, tetapi setakat yang aku hadapi semuanya banyak kesedihan serta stress. aku suka hilangkan stress aku dengan berjalan-jalan sorang-sorang untuk tenangkan kembali kepala aku ini. tetapi aku seorang perempuan yang bahaya berjalan-jalan keseorangan. apa yang dapat aku lakukan hanya pendamkan semua apa yang aku rasa.
dalam masa terdekat ini aku akan bercuti ke sebuah pulau, tetapi ia bukan boleh untuk tenangkan fikiran ku kerana aku dikelilingi orang-orang yang aku kenal dan pernah bagi aku stress. aku kena hadapinya, walau dimana aku pergi belum tentu ia ok...sampai bila aku akan hadapi ini semua?, aku biar dimana saja angin bertiup di situ aku berada.....setiap yang berlaku hikmahnya...insyaallah...

Khamis, 13 Mei 2010

Kek batik ku..



hai semua, hari ini aku telah siap kek yang telah dibekukan untuk di bawa ke pejabat...alhamdulilah sedap juga tapi biskut terlalu hancur plak tu yg rupa kurang cantik...ok lah juga sebab semua mahu makan, dekat rumah jer tak tahu bila akan habis sebab kat rumah makan manis nie kurang. nasib baik ada budak kecik dekat rumah untuk bagi habis...hehehehe..aku pun kurang makan manis nie, sikit-sikit boleh lah kalau tak muak...hihihi..akan datang tak tahu lagi apa yang aku mahu cuba...takat nie semua makan yang aku kurang makan tetapi agak popular sekarang...ok papai..tunggu masakan yang akan datang...

Isnin, 3 Mei 2010

laksa kelantan..



hai semua..hari ini saya cuti, saja ambil cuti nak rehat-rehat jer, pastu entah macamana teringin hendak cuba masak laksa kelantan. pertama kali plak tu cuba, memang pakai buat jer, lebih mudah sikit dari laksa utara sebab guna ikan tongkol..alhamdulilah ok gak rasanye, tapi kalau makan laksa kelantan nie cepat rasa kenyang sebab lemak kan..yum-yum..tetapi aku larat makan dua mangkuk jer..malam nanti aku sambung lagi semangkuk..hehehehe..sedap tau, biasalah kalau pertama kali buat ia akan menjadi seperti kedai punya. lain kali buat tak tau lah dapat rasa macam ini atau tak...hehehe..selamat memcuba yer. saya suka masak makanan yang saya suka makan jer..ok lah, nanti ada lagi masakan terbaru saya cerita lagi yer..

Selasa, 27 April 2010

Harta ku yg kedua selepas K550i aku


hmmm...akhirnya aku memiliki laptopku sendiri walaupun tidak semahal mana dan sebesar mana, tapi dalam hati ku rasa, sangat sayang kepada laptopku ini,betul-betul tak sangka aku akan membelinya...tapi satu jer lah..aku memilih warna yang bukan kegemaranku sebab sudah habis stok dekat kedai tu. mesti nak tau warna apa yang aku suka kan?....mestilah warna "pink" atau merah....tetapi akhirnya aku memilih warna biru jenama DELL..mini jer takat 10" jer..tetapi alhamdulilah...ada jugak laptop sendiri...semenjak awal tahun aku ingin memiliki laptop sendiri tetapi pelbagai cabaran dan yang lebih penting yang harus ku utamakan....

lagi pun buat apa asyik guna barang orang jer, bagi aku kurang selesa, nanti rosak semestinya aku yang akan dipersalahkan...aku banyak-banyak berterima kasih kepada adik ku kerana memberi kesempatan kepada aku menggunakan laptop dia..sangat-sangat menghargainye...

comei laptop ku ini, mudahlah aku nak bawa ke mana-mana...aku nie sebenarnya bahaya gak sebab suka cuba benda baru, macam-macam aku nak download...aku minat bahagian komputer nie..hihihihi...mesti korang semua nak lihat laptopku kan?...ini lah dia....


Sabtu, 24 April 2010

sedapnye laksa...


laksa sedapnye...


ari ini aku masak laksa, kalau tension aku memang suka cari laksa..tp kalau tak tension pun aku masih cari laksa.

mudah jer nak masak laksa nie

kalau buat sorg2 memang penat, tp sebab

nak makan gak, so aku masak jer lah,

aku nye mudah jer, presentation x penting, yang

penting rasa laksa tu sendiri,

nie pun aku baru lepas makan,

masak sendiri makan puas,

boleh ulang-ulang makan,

nak tau rupa laksanye?

tu kat atas tu.....jemput makan semua...yum..yum..


Rabu, 3 Februari 2010

Terapi JTK...

hari nie dah masuk 5 hari aku buat terapi guna tenaga statik...takat ini ok lah, tapi rasa letih dan haus sebab kurang minum air. sebentar lagi aku nak cuba statik yang pecah lemak...mana lah tau ada lemak aku yang kurang sikit..hehehe...harap sangat.

kawan-kawan semua yang mahu mencuba terapi ini cuba jer lah free jer..tapi tidak tahu lah sampai bila percuma, takat ini aku pergi situ percuma jer..terapi itu sekarang berada di sri gombak berdekatan dengan tempat aku bekerja..hehehehe...

cuba lah kawan-kawan untuk kesihatan juga, yang palig bagus untuk menstabilkan pengaliran darah kita.

selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my favorite song for this drama..

my favorite japanese drama..with love..