eVERTHING IS cUTES jUST CLICK THIS PICTURE

Jumaat, 11 November 2011

Bagi selalu rasa mual-mual masa hamil


Panduan Makan Asam Untuk Ibu Hamil

Rasa mual yang dialami pada awal kehamilan membuatkan wanita hamil memikirkan alternatif untuk menghilangkannya. Ada sesetengah daripada mereka akan mengambil makanan yang masam bagi mengurangkan rasa loya tersebut.

Sebenarnya tidak salah untuk mengambil makanan masam saat hamil, namun jangan mengambilnya ketika perut masih lagi kosong. Makanan jeruk bersifat menghakis dan berisiko untuk melukai perut jika diambil ketika perut dalam keadaan kosong. Oleh itu, paksa diri untuk mengambil makanan lain sebelum mengambil jeruk misalnya nasi, roti, mi atau kuih-muih.

Sebenarnya daripada memilih jeruk untuk menghilangkan loya cuba carilah makanan yang diperbuat dari buah-buahan semula jadi berbanding jeruk yang diperam dengan bahan pengawet kerana ia mengandungi banyak kalori dan mengandungi bahan pengawet.

Wanita hamil juga boleh mengambil asam jawa, limau nipis atau lemon untuk menggantikan cuka atau jeruk buatan yang mengandungi banyak bahan pengawet. Lagipun ia mengandungi bahan kimia yang mudah menghakis perut.

Perlu diingat, ambil bahan asam dengan jumlah sederhana. Jangan pula memakan jeruk sampai anda menjadi kenyang lalu melupakan jadual pemakanan utama. Perlu diingat, sepanjang kehamilan ini anda memerlukan sekurang-kurangnya tambahan 300 kalori atau satu hidangan nasi dengan lauk-pauk berbanding sebelum hamil. Cari makanan lain selain jeruk yang masam misalnya air halia hangat dan elakkan pengambilan makanan bergoreng dan bersantan bagi mengurangi rasa loya.

Ambil dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap. Boleh juga membangkitkan keadaan mual dengan memanfaatkan bau-bauan dari aromaterapi.

Tidak Salah Nikmati Asam
Ramai di kalangan wanita hamil yang mengambil makanan masam seperti acar buah, rojak buah, mangga muda yang dicicah kuah rojak dan pelbagai makanan masam sebagai makanan kegemaran di awal kehamilannya.

Ada juga di kalangan mereka yang mengambil makanan sebegini seharian sehingga melupakan menu utama yang seimbang. Ia menjadi jalan penyelesaian untuk mengatasi rasa loya dan mual ketika melalui fasa morning sickness di awal trimester.

Malah keadaan sebegini boleh juga terjadi di akhir trimester. Perasaan mual yang dialami oleh wanita hamil berbeza-beza mengikut trimester. Ada yang melalui dalam keadaan yang biasa-biasa ada pula yang mengalami mual yang teruk sehingga menyebabkan mereka tidak mampu untuk menjamah apa-apa juga makanan di dalam mulut.

Salah satu pencetus rasa mual kepada ibu hamil adalah disebabkan perubahan paras hormon estrogen dan progesteron di awal kehamilan. Perubahan hormon ini menyebabkan tubuh perlu bekerja keras untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru itu.

Akibatnya deria bau dan deria rasa wanita hamil menjadi lebih sensitif berbanding hari biasa. Ketika mual dialami, secara automatik wanita hamil mula mencari sesuatu untuk mengurangkan rasa mual itu akhirnya mereka cenderung untuk mengambil makanan yang masam mahupun pedas.

Namun elakkan dari mengambilnya secara berlebihan. Sungguhpun pengambilan makanan masam tidak mengganggu pertumbuhan janin, namun ia boleh mengundang masalah kesihatan kepada ibu. Justeru ia juga mampu mengancam janin di dalam perut akibat kekurangan gizi yang seimbang.

Tip Ambil Makanan Masam
1. Rojak Buah
Tidak salah mengambil rojak buah kerana ia mengandungi vitamin, mineral, serat dan zat warna pada buah. Justeru, makan dengan buah-buahan yang disarankan. Satu hidangan buah dengan potongan sederhana. Bagi mendapatkan kandungan gizi yang lengkap, pelbagaikan dengan jenis dan warna buah-buahan dalam rojak anda. Selain mangga muda mahupun kedondong cubalah nikmati dengan strawberi mahupun kiwi.

2. Sayuran Masam
Ia juga mengandungi vitamin, mineral, serat dan sumber protein misalnya tauhu dan kekacang. Pengambilannya sama seperti memakan buah-buahan tetapi ia perlu diambil setiap hari. Tidak salah untuk menambah sedikit cuka namun jangan dimakan terlalu kerap.

3. Acar
Ia mengandungi bahan serat, vitamin dan mineral. Oleh itu, buah dan sayuran yang akan digunakan untuk bahan acar perlu dihadkan jenisnya. Pemprosesan buah dan sayuran yang menjadi acar juga membuatkan sebahagian daripada zat makanan di dalamnya berkurangan. Justeru perlu dihadkan pengambilannya.

4. Yogurt
Ia mengandungi sumber protein, kalsium, vitamin dan lemak untuk setiap yogurt yang diambil. Ia merupakan jenis makanan ringan yang ideal untuk diambil oleh wanita hamil. Selain kandungan gizi yang lengkap, kandungan bakteria baik di dalamnya juga dapat memelihara kesihatan saluran pencernaan dan mencegah sembelit yang kerap menyerang di saat hamil. Tambahkan potongan buah di dalam yogurt untuk menikmatinya dengan lebih lazat dan berkhasiat.

Jumaat, 21 Oktober 2011

Betul ke nie? upt (-ve) ker (+ve)


Salam semua, pening2...aku jadi konfius plak, negative ke positif nie sebab macam gambar di atas nie, satu terang satu kabur. nie kan gambar sebenar tau, malas aku nak tangkap. tapi sama jer yang aku buat macam kat atas nie.

nie kira positif ke negatif? kalau baca kotak tu kata positif tapi aku pernah macam nie masa sebelum puasa hari tu, tapi tak gak hamil. kali nie aku pelik sebab dah dua hari try masih jugak macam tu satu terang satu samar.

dah jumpa doktor dah semalam, sebab awal pergi nak tau (-ve) atau (+ve)...hehehehe....tp doktor kata negative. disebabkan dah selalu macam tu aku dah boleh terima, tak sedih-sedih.

so pagi tadi try, tngok ada gak line yang sama. mungkin hormon tak kuat kot tu asyik samar2 jer...

ada aku terbaca satu blog nie, dia second baby, macam kes aku gak nie, tapi cara dia, tiap-tiap hari dia buat test upt tu sampai warna tu terang dua-dua line...gambar atas nie dia punya lah mula-mula...hehehe..

aku kalau boleh nak cuba macam tu setiap hari buat tapi membazirlah plak...betul tak?

buat masa sekarang aku kena jaga makan, tapi nak ambil tahu dari siapa apa tak boleh apa boleh makan nie? mak aku dengan mak mentua aku dua-dua kuat, semua boleh makan. macam aku, aku rasa tak kuat sebab sebelum nie aku makan durian pun kejap jer 2, 3 hari gi jamban.

so kena kawal makan, aku harap kali nie kuatlah (kalau betul (+ve)), lagi pun aku dah berurut dengan nenek.nenek kata lepas nie mungkin leh jadi sebab sebelum nie rahim aku tersengit atau kata lain terbalik.....

apa-apa pun korang doakan kat aku nie......sayang korang...

Selasa, 18 Oktober 2011

Seronok blogwalking

salam semua,

sekarang nie baru siti nak aktif blogwalking, seronok dah suka baca coretan-coretan kawan-kawan yang tulis blog, macam-macam info dan maklumat yang kita nak kita perolehi.

Blogwalking yang paling siti cari masakan, bestnya kalau rajin masak nie tambahan pula siti suka makan, pandainya diorang masak.sedap-sedap tengok.

pasal diorang pergi bercuti pun siti suka baca sebab nanti nak ke tempat tu dah tau lah apa nak buat mana nak cari tempat.

macam sekarang nie sibuk cari tempat dan pakej murah nak bercuti ke langkawi. hai maklumlah siti dah terbeli tiket kapal terbang ke langkawi untuk tahun depan, tarikh ulangtahun...hehehe..cadang nk buat honeymoon lah...

tengok punya tengok rambang mata plak tak tahu mana satu nak pilih, duit untuk menginap lum cukup lagi tu nak tau bajet ke sana.

hehehehe...apa-apa pun kita enjoy!!!

Jumaat, 14 Oktober 2011

baby...baby....


tahniah kepada rakan seofis aku, dia baru jer selamat melahirkan seorang baby boy..yang comel sangat. Ramai juga sekeliling aku yang dapat baby boy...sebelum nie pun ada seorang kawan baik aku masa di upm, dia pun melahirkan baby boy.

cuma....aku jer tak lah bila baru ada rezeki ada baby nie, teringin juga ada baby. tak kesah lah boy ke girl asalkan ada juga baby.

mesti seronok kan? macam-macam aku teringin beli, tambahan plak banyak barang baby yang comei-comei.

siapa leh tolong aku, macamana nak dapat baby cepat? macam-macam aku try makan dan tak makan, sampai badan aku naik dengan cepat. mana taknya minum susu untuk orang pregnant setiap pagi, mau x naik.berkotak-kotak dah aku makan.

berurut pun dah, suruh nenek jer, hehehe...dia bidan urut kampung. katanya rahim aku terbalik dan dah betulkan. tengoklah selepas ini, kalau tak ada juga rezeki, nampaknya kena lah aku jumpa pakar. mak aku kata awal lagi kahwin (walaupun dah setahun lebih kahwin) tak payah risau dulu.

mana tak risau kawan-kawan aku semua yang dah kawin sekarang dah ada baby dah..semua boy plak tu kecuali kawan aku sue, dia dapat girl, dah besar dah...huhuhuhu..

tak apa lah berdoakan dan usaha lagi, kalau korang ada apa-apa petua kongsi lah yer.

Sabtu, 20 Ogos 2011

kerana ia tersebar

hmm...kalau korang perasan banyak cerita aku dalam blog nie aku dah delete sebab, aku risau kalau ada yang tidak sesuai diletak, terutama gambar2 ku, so semua aku delete, hihihihihi

mood nak menulis blog, tak ada lagi, aku sendiri tak tahu nak cerita apa, tu yang kebanyakan luahan perasan jer aku tulis.

lagi seminggu lebih kita akan menyambut raya aidilfitri, aku belum lagi shoping raya, belum gaji lagi, hhihihi...so baju yang memang dah lama aku siap tempah dan beli, aku tambahkan manik, jadilah nak mencantikkan baju tu, nie pertama kali aku buat, saje jer mengisi masa lapang.

2 pasang jer, satu pasang kain hantaran aku kahwin aritu satu lagi aku beli siap, teringin sangat pakai cotton, akhirnya aku beli, tapi bukan yang mahal punya tu..english style....rasa tak berbaloi plak beli, dah lah jarang baik aku beli yang biasa jer.

ok lah aku nak sambung blogging dan pastu nak sambung jahit manik plak.

bye-bye kawan-kawanku.....

Ahad, 7 Ogos 2011

EXCITED BERAYA DENGAN HUBBY

wah lama gak aku x menulis blog nie, entahlah malas jer rasa nak tulis ditambah plak tak tau nak tulis apa...hehehehe...

berbalik kepada tajuk kita, tahun nie kali pertama aku beraya bersama suami tercinta, nak turn beraya di kampung dia iaitu di Perak, tetapi nampaknya kami beraya kedua-dua kampung. di sebabkan aku memang cuti seminggu bergitu juga dengan hubby, so 4 hari di kampung dia dan 4 hari juga di kampung aku. kampung aku? hehehehe...tahun nie aku balik kampung sabah, dah lama tak jumpa nenek, boleh lah di kenalkan hubby aku nie...


aku bergitu excited nak beraya, sebab sebelum nie kitorang sekeluarga duk raya di KL jer tak merasa meriah sangat, so dah ada kampung nie aku excitedlah...dengan beli baju baru, macam-macam baru dan terutama nya aku dah beli beg balik kampung baru, heehehe..sampai hubby kata tahun nie, semua baru...hish2...hubby layan jer kerenah isteri dia nie....


yang aku nak sangat pakai baju raya sedondong dengan hubby, ada gak setengah orang tak suka sedondong tapi alhamdulilah hubby sama citerasa, so baju raya kitorang ialah kain hantaran masa kitorang nikah aritu, cuma kain baju aku jer kain tak berapa selesa, tukang jahit tu bagi assisstant yang buat ketat betul, jahit pun nampak sgt kain tu tersalah sukat, sendiri fikirlah x kan lah aku buat baju kurung pahang kain sempit, msti lah semua nak besar supaya aku leh pakai lama. terpaksalah aku baiki sendiri..tu aku tak suka bagi orang jahit, x menepati hati aku.


tema kitorang kuning gold...hehehehe...menyerlah x? sampai baju nak jalan-jalan pun aku beli corak agak sedondong dengan hubby, baru lah best. waktu couple dulu x dapat buat macam tu sebab segan (walaupun kadang2 lleh palak sama) sekarang aku peduli apa suami isteri lantak [p lah...hehehehe...


tapi bulan pose nie aku jaranglah berpuasa dengan hubby sebab dia keje jauh sikit, kecian kalau balik jem dan dapatlah kurangkan tol n minyak..nak kumpul duit nak raya lah katakan...hehehehe..aku x kesah dan faham, bila hubby balik nak berbuka sama apa lagi semua yang dia suka aku try sediakan..begitu juga sahur.


macam semalam, dah seminggu hubby tak jumpa hubby, memang terasa lah rindunya, dah kahwin nie lain rasanya jarang jumpa sebab dah biasa ada di sisi, cadang 2 minggu sekali balik..tut2...jadi seminggu...hehehehe


tak sabar tul aku nak raya nie, macamana lah rasa beraya di rumah mentua kan? berdebar-debar gak rasa...hehehe...

Ahad, 24 April 2011

Kek batik & karipap segera



Salam semua, ada tak sesiapa yang tengah cari atau teringin nak makan kek batik? di sini saya ada menjual kek batik. harganya buat masa ini masih belum saya tentukan. nanti saya maklumkan yer. gambaran kek batik yang telah saya buat. maaflah kurang cantik sikit, tetapi rasa tetap ok..hihihihi...


lagi satu saya ada menjual karipap kentang ayam segera, kalau nak inti sardin pun boleh. harga masih belum di tentukan saya akan update kemudian yer. sesiapa yang berminat boleh komen di saya yer. terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my favorite song for this drama..

my favorite japanese drama..with love..