eVERTHING IS cUTES jUST CLICK THIS PICTURE

Khamis, 29 Mac 2012

kesilapan ku membuat keputusan terlalu awal...

Aku tiba-tiba malam nie terfikir ini kesilapanku yang telah buat aku sedih tiba-tiba.
aku telah behenti kerja terlalu awal, sebelum behenti aku dah fikir masak-masak tetapi kenapa aku terfikir semula sekarang? aku rasa kalau aku tak behenti kerja sekarang tentu aku dapat beli apa yang aku inginkan terutama untuk bakal baby ku nie, tapi semua dah lepas,aku tak boleh patah balik..terus maju ke depan.
aku behenti awal kerana mana aku sanggup lagi pegang kerja-kerja tu seorang diri dengan keadaan aku tengah mengandung nie, aku tak mahu tekanan berlaku ke atas aku, aku ingin aDa anak jadi aku tak mahu disebabkan tekanan aku hadapi masalah dengan kandungan kerana aku terlalu stress ditempat kerja.
aku dah biasa ada duit sendiri, bila aku mengharap suamiku jer aku rasa kesian kat dia, dia tak putus asa dan bertambah kuat kerja untuk aku dan anak yang bakal lahir nie. tapi aku bersyukur kerana walaupun kami buat keputusan duduk kampung dan kerja kampung, kami happy dan kurang stress, suamiku juga dapat tidur dengan cukup kalau tak bayangkan dulu dia kerja masa kami di kl, 12jam dan tidur hanya dapat 4, 5 jam jer sehari. tetapi sekarang dia dapat tidur seperti biasa cuma lebih penat sebab kerja sendiri.
Aku pernah kata padanya, kalau lah aku behenti kerja sampai aku bersalin kan elok lagi, tapi masa tu aku dah fikir kalau behenti masa itu mesti aku akan dipersalahkan kerana pada masa itu ofis tengah berlambak kerja dan aku amat diperlukan pada masa itu untuk selesaikan semua kerja di bawah aku. sebab tu aku behenti awal supaya mereka sempat mencari penganti aku.
Suami aku pun cakap ada hikmahnya dengan keputusan nie, asalkan kita masih bahagia dan happy itu sudah cukup.
selepas aku berpantang nanti aku harap dapatlah aku kerja untuk bantu suamiku, selagi aku masih muda untuk bekerja.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my favorite song for this drama..

my favorite japanese drama..with love..

Terdapat ralat dalam alat ini

KeiNgiNanKu...

Laptop DeLL mini-----------Yes!
Rumah sendiri
Kerja kerajaan
Lesen kereta dan motor
Kehidupan berkeluarga sendiri
Kamera canon