eVERTHING IS cUTES jUST CLICK THIS PICTURE

Rabu, 7 Disember 2011

Kenapa gusi asyik berdarah nie?

Sekarang nie, kurang pasti bape minggu dah preggy nie, aritu mula-mula cek tanpa scan, cuma cek air kencing jer, doktor kata dah 7 minggu maknanya sekarang dah 13 minggu, dah 3 bulan lebih gak, tapi bila cek sebulan pas yang first tu, scan doktor kata baru 10 minggu, mana satu yang betul nie? konfius plak, tp cuma beza dalam seminggu lah kan...hahaha..sama jer, kiranya sekrang 12 minggu..3 bulan. Vitamin doktor bagi pun dah besar, dipanggil obimin warna pink, try jilat manis gak...hihihihi...

masa scan tu excited tul, terkejutlah nampak baby tu tengah gerak-gerak. Alhamdulilah hajat kitorg saya hamil jugak, memang tak sangka lepas berurut terus melekat. hehehehe...kalau lambat tahu mau lagi lambat dapat anak, kebetulan nenek bidan tapi lebih kepada berurut.

Yang sangat bersyukur takat nie tak ada lah morning sickness cuma selera makan tak macam orang mengandung, tak ada selera, nasi payah nak masuk, tapi supaya ada tenaga dan zat paksa makan sikit-sikit. sarapan pagi memang jarang sangat-sangat tu yang angin naik satu badan.

tapi yang paling ketara bila mengandung nie gusi mudah berdarah, tak buat apa pun, tiba-tiba rasa macam ada darah kat mulut nie, tengok-tengok gusi dah berdarah, saya dah syak nie mesti sebab kurang kalsium, memang tak ada minum susu, kecuali susu preggy plak tu salah sukat masa minum, sekali sehari pastu cair sangat-sangat, rupanya kena 4 sudu...hihihihi...

Pastu duk dengar orang kata minum susu nie nanti baby besar, tu skip minum sehari selang-selang, esoknya ambik ko, lagi banyak darah gusi nie, memang kurang kalsium lagi mau skip, baby kang x cukup susu, hihihi, plak tu tengah nak membesar membentuk tulang kita plak skip susu tu dan vitamin.

pasni dah tak buat dah, bukan apa dah lah makan tak banyak pastu skip susu dengan vitamin, orang tu baby besar sebab makan pun mahu, pastu minum lagi susu dan makan vitamin.

Untuk baby mama nie, apa pun mama akan cuba kuatkan semangat makan ikut zat yang penting. Hubby sentiasa pesan makan buah sebiji sehari. nak tak nak buah tu tetap saya makan. tapi tu lh duk makan buah nasi tak makan, badan memang lemah sangat. cepat mengah-mengah.

macam nie rupanya mengandung, tapi kalau orang yang alah tu lagi lah kan, saya alhamdulilah di permudahkan cuma pening-pening n mual bila nampak nasi dan lauk yang tak berapa suka.....huhuhu..dulu 3, 4 pinggan aku makan, sekarang satu pinggan pun jenuh nak habiskan.

huhuhuhu....apa-apa pun kena kuat semangat makan, doktor pun pesan memang kena selalu makan sebab perut perlukan makanan ketika mengandung nie cuma jaga permakanan tu.

tak sabar nak tahu perkembangan baby nie lagi, tunggu sebulan lagi gi check-up...hehehe


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my favorite song for this drama..

my favorite japanese drama..with love..