eVERTHING IS cUTES jUST CLICK THIS PICTURE

Jumaat, 25 November 2011

Persediaan mom--to--be--

macam-macam blog aku terjah nak tengok n3 orang baru nak jadi ibu nie, so happy n excited, aku pun baca rasa excited dgn diorang. Tak lama lagi aku nak jadi ibu (bukan awal lg ker), hehehe..memang tengah tahan diri nie, sebab terlalu awal, mak kata tak elok, tapi tu lah excited tengok barang-barang baby nie.

Aku plak masih tak buat apa-apa senarai barangan baby dan aku yang perlu di bekalkan untuk masa akan datang, pening kepala aku nak fikir apa yang perlu apa yang tak, bila tengok-tengok orang lain punya memang terasa banyaknya nak pakai duit nie. Teringat plak masa nak kahwin dulu, pandai plak aku buat persiapan sikit-sikit beli, memang senanglah nak settlekan sebab banyak kita dah beli sikit-sikit, tak ada lah terasa sangat tapi bila kira-kira balik memang banyak jugak habis.

aku pun lum daftar untuk cek montly untuk ibu hamil nie, nanti cek dan dah ok semua aku kena fikir plak apa barang perlu dan tidak perlu. Tak lama lagi aku nak berpindah duk di rumah mak mentua aku di kampung, so barang-barang murah dan banyak pilihan banyak di KL jer, kat kampung aku dah ada gak tengok tak ada yang menarik seperti kat sini dah harga dia lebih mahal sikit sebab sana kan dapat stok dari sini.

Sebelum aku pindah memang dah kena prepared semua barang-barang. apa yer senarai yang perlu, ada yang aku terbaca tu, barang tu tak ada lah perlu sangat tapi orang sibuk nak beli.

untuk diri sendiri aku dah beli kain batik sikit-sikit, tapi memang kena tambah lagi nie, senang kan?, aku suka kain batik dari terengganu, serius lembut dan sejuk (aku beli yg RM10 sehelai). kat sini harga pun RM15, keras plak tu tak best nak pakai.huhuhuhu....

yang aku tak faham tu mana nak cari lapik biasa orang beli untuk orang lepas bersalin tu untuk si ibu, jual kat mana ek? di panggil apa? aku pun tak tahu baby nie boy ke girl, nak beli warna apa? tak kan semua putih jer, aku dah lah suka warna yang terang-terang nie...hihihihi...

apa pun bagi lepas check-up dulu baru aku fikir yer, dah lah aku dapat detect pregnant nie sebulan lebih, nie sekarang baru nak masuk 3 bulan.

apa-apa pun aku harap baby aku dalam perut nie kuat semangat hadapi semua dan cergas. risau gak sebab maknua nie selera makan kurang.huhuhuhu

Isnin, 21 November 2011

Kerana selera tak ada

Hari nie sekali lagi perut aku di landa angin, aku tak tahu lah, morning sickness tak ada tapi asal aku tengok makanan aku rasa mual tekak nie. selera makan memang down sangat-sangat.

aku jarang sarapan pagi, sebelum preggy ada lah juga sarapan, bila preggy nie, aku nak beli makanan pun aku tak ada selera nak makan. Macam minggu lepas setiap hari aku cari bihun goreng mak cik tu, tapi asal aku datang jer habis. tempat lain memang tak suka, rasa kosong sangat. tiba-tiba balik dari kerja mak aku masak bihun goreng sebab selalu dengar pagi-pagi aku nak datang kerja awal nak beli bihun,. hehehe.....dapat makan bihun goreng, pastu terus tak keinginan nak makan bihun dah. Sekarang aku sendiri tak tahu nak makan apa untuk kenyang, kecian baby dalqam perut nie, mama tak makan, sekali sehari jer, sebagai backup aku minum susu, tu pun susu cokelat anmum jer, tapi tak ada rasa kenyang, badan jer bertambah tembam.huhuhu....perut tetap berbunyi.

Kawan-kawan biasanya sarapan apa pagi-pagi? aku tak ada selera kalau makan nasi nie. sekarang balik kerja aku selalu makan sesenduk jer nasi, sikit sangat. pagi tak makan, tengahari aku gagahkan diri makan nasi. cukup ker zat? entahlah, pening aku fikir nak makan apa, aku sendiri tak tahu apa leh makan, bila makan makanan tertentu angin jer memang perut aku nie.

badan pun dah penat sangat, ofis kena naik tangga, sampai atas mesti tercunggap-cunggap, pastu kerja banyak pass kat aku, aku memang buat kerja cepat, sebab aku menyampah tengok kerja-kerja tu, so siapkan cepat tak ada lah menghadap benda tu, tapi masalahnya bila kerja kita semua siap, kerja orang plak yang kita kena ambik, alasannya orang lain kerja banyak, aku kerja banyak dah settle, pelik kan manusia nie, kenapa tak kaji kenapa kerja aku siap jer asal bagi, sampai sepatutnya orang tu punya kerja pass kat aku, orang tu kerja tak siap-siap.

Aku nak buat lambat plak kerja tu, diorang bagi last minit, nak cepatlah. tapi bila dah siap tetap lambat sebab di bahagian lain, part aku memang settle, tu semua part orang lain plak. sekarang aku dah preggy nie memang tak larat dah nak buat kerja orang (bak kata tolong orang) aku buat kerja aku jer. tapi manusia kan bukan berada di tempat kita, ko preggy ke tak kalau dah bagi tu ko buat jer, beban semua kat aku, sakit hati gak, orang lain buat kerja main-main,. time aku sebuk tumpu kerja leh plak kata "apasal serius sangat nie" aku memang buat kerja semua kena siap hari nie gak, supaya esok-esok tak kelam-kabut. hihihihii..

Sekarang nie sabar jer sebab tak lama lagi aku nak behenti kerja, tak larat dah pegang jawatan tu, banyak tekanan. aku kerja sendiri lagi bagus.

Jumaat, 18 November 2011

baru first time tak tahu apa

huhuhuhu, alhamdulilah aku hamil juga...tapi sekarang aku tengah pening apa kena buat. aku tak faham lah, tanya mak lagi lah lain sebab dulu tak perasan pun mengandung tahu=tahu dah 4 bulan. aku sebab terlalu cek...hehehhe...

yang aku pening nie, aku nye cuti dah habis sebab cuti bersanding haritu, huhuhu....aku nak buat checkup untuk mengandung nie, so terpaksalah buat masa pas keje, so kena wat kat klinik swasta dulu. nak minta separuh hari untuk gomen klinik confirm lebih dari separuh hari baru selesai, nak minta mc lagi lah susah nak dapat sebab aku memang payah nak dapat mc, entahlah doc tengok muka aku segar jer merah-merah buat apa nak cuti. so jalan penyelesainya aku buat kat swasta dulu, nanti tahun depan baru tukar ke gomen sebab tahun depan ada cuti untuk tahun depan. lagi satu aku tak tahu prosuder ofis aku nie, kalau cek orang hamil tu tolak cuti atau tak, sebab akak yang pernah hamil tu dah bersalin dan bercuti, so yang tinggal semua lum kahwin tiada sapa aku leh tanya.

aku kalau leh cek kat gomen lah sebab save sikit, hihihihi....tak apa lah aku try lah dulu kat swasta nie, ikut cara dia kalau nanti kena cek waktu bekerja masak lah aku nanti.huhuhuhu...

Jumaat, 11 November 2011

Bagi selalu rasa mual-mual masa hamil


Panduan Makan Asam Untuk Ibu Hamil

Rasa mual yang dialami pada awal kehamilan membuatkan wanita hamil memikirkan alternatif untuk menghilangkannya. Ada sesetengah daripada mereka akan mengambil makanan yang masam bagi mengurangkan rasa loya tersebut.

Sebenarnya tidak salah untuk mengambil makanan masam saat hamil, namun jangan mengambilnya ketika perut masih lagi kosong. Makanan jeruk bersifat menghakis dan berisiko untuk melukai perut jika diambil ketika perut dalam keadaan kosong. Oleh itu, paksa diri untuk mengambil makanan lain sebelum mengambil jeruk misalnya nasi, roti, mi atau kuih-muih.

Sebenarnya daripada memilih jeruk untuk menghilangkan loya cuba carilah makanan yang diperbuat dari buah-buahan semula jadi berbanding jeruk yang diperam dengan bahan pengawet kerana ia mengandungi banyak kalori dan mengandungi bahan pengawet.

Wanita hamil juga boleh mengambil asam jawa, limau nipis atau lemon untuk menggantikan cuka atau jeruk buatan yang mengandungi banyak bahan pengawet. Lagipun ia mengandungi bahan kimia yang mudah menghakis perut.

Perlu diingat, ambil bahan asam dengan jumlah sederhana. Jangan pula memakan jeruk sampai anda menjadi kenyang lalu melupakan jadual pemakanan utama. Perlu diingat, sepanjang kehamilan ini anda memerlukan sekurang-kurangnya tambahan 300 kalori atau satu hidangan nasi dengan lauk-pauk berbanding sebelum hamil. Cari makanan lain selain jeruk yang masam misalnya air halia hangat dan elakkan pengambilan makanan bergoreng dan bersantan bagi mengurangi rasa loya.

Ambil dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap. Boleh juga membangkitkan keadaan mual dengan memanfaatkan bau-bauan dari aromaterapi.

Tidak Salah Nikmati Asam
Ramai di kalangan wanita hamil yang mengambil makanan masam seperti acar buah, rojak buah, mangga muda yang dicicah kuah rojak dan pelbagai makanan masam sebagai makanan kegemaran di awal kehamilannya.

Ada juga di kalangan mereka yang mengambil makanan sebegini seharian sehingga melupakan menu utama yang seimbang. Ia menjadi jalan penyelesaian untuk mengatasi rasa loya dan mual ketika melalui fasa morning sickness di awal trimester.

Malah keadaan sebegini boleh juga terjadi di akhir trimester. Perasaan mual yang dialami oleh wanita hamil berbeza-beza mengikut trimester. Ada yang melalui dalam keadaan yang biasa-biasa ada pula yang mengalami mual yang teruk sehingga menyebabkan mereka tidak mampu untuk menjamah apa-apa juga makanan di dalam mulut.

Salah satu pencetus rasa mual kepada ibu hamil adalah disebabkan perubahan paras hormon estrogen dan progesteron di awal kehamilan. Perubahan hormon ini menyebabkan tubuh perlu bekerja keras untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru itu.

Akibatnya deria bau dan deria rasa wanita hamil menjadi lebih sensitif berbanding hari biasa. Ketika mual dialami, secara automatik wanita hamil mula mencari sesuatu untuk mengurangkan rasa mual itu akhirnya mereka cenderung untuk mengambil makanan yang masam mahupun pedas.

Namun elakkan dari mengambilnya secara berlebihan. Sungguhpun pengambilan makanan masam tidak mengganggu pertumbuhan janin, namun ia boleh mengundang masalah kesihatan kepada ibu. Justeru ia juga mampu mengancam janin di dalam perut akibat kekurangan gizi yang seimbang.

Tip Ambil Makanan Masam
1. Rojak Buah
Tidak salah mengambil rojak buah kerana ia mengandungi vitamin, mineral, serat dan zat warna pada buah. Justeru, makan dengan buah-buahan yang disarankan. Satu hidangan buah dengan potongan sederhana. Bagi mendapatkan kandungan gizi yang lengkap, pelbagaikan dengan jenis dan warna buah-buahan dalam rojak anda. Selain mangga muda mahupun kedondong cubalah nikmati dengan strawberi mahupun kiwi.

2. Sayuran Masam
Ia juga mengandungi vitamin, mineral, serat dan sumber protein misalnya tauhu dan kekacang. Pengambilannya sama seperti memakan buah-buahan tetapi ia perlu diambil setiap hari. Tidak salah untuk menambah sedikit cuka namun jangan dimakan terlalu kerap.

3. Acar
Ia mengandungi bahan serat, vitamin dan mineral. Oleh itu, buah dan sayuran yang akan digunakan untuk bahan acar perlu dihadkan jenisnya. Pemprosesan buah dan sayuran yang menjadi acar juga membuatkan sebahagian daripada zat makanan di dalamnya berkurangan. Justeru perlu dihadkan pengambilannya.

4. Yogurt
Ia mengandungi sumber protein, kalsium, vitamin dan lemak untuk setiap yogurt yang diambil. Ia merupakan jenis makanan ringan yang ideal untuk diambil oleh wanita hamil. Selain kandungan gizi yang lengkap, kandungan bakteria baik di dalamnya juga dapat memelihara kesihatan saluran pencernaan dan mencegah sembelit yang kerap menyerang di saat hamil. Tambahkan potongan buah di dalam yogurt untuk menikmatinya dengan lebih lazat dan berkhasiat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my favorite song for this drama..

my favorite japanese drama..with love..