eVERTHING IS cUTES jUST CLICK THIS PICTURE

Jumaat, 23 Julai 2010

cinta datang dari mimpi (part 2)

"Assalammualaikum, mira sudah balik" mira memberi salam setelah sampai rumah. "Waalaikumussalam mira" sahut Pn. Fatimah. " mira pergi mandi yer, selepas itu boleh kita makan tengahari emak masak gulai tempayak untuk mira nie" sambung ibu mira. "gulai tempoyak mak? wah! sedapnya mak" jawab mira kegembiraan. Mira bergegas naik ke bilik dan bersiap-siap mandi untuk makan bersama ibunya. Selalu di waktu macam ini mira selalu menjamu selera berdua dengan ibunya sahaja kerana ayahnya balik kerja petang, abangnya pula selalu balik lambat dari sekolah untuk mengulangkaji di perpustakaan sekolah.
Setelah kenyang Mira menjamu selera, mira berehat sambil menonton televisyen drama kegemarannya cerita sepanyol 'maria mercedez'. Selepas itu mira balik ke biliknya untuk menyiapkan kerja sekolah.
Jam menunjukkan pukul 5 petang. Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam. "Assalamualaikum....mira...ooo...mira" Nana memberi salam.
"Waalaikumussalam...oo...nana...nie mesti kau nak ajak aku pergi padang mainan kan?" Mira menjawab salam.
"tau tak ape, jom lah, tadi masa aku lalu padang tu, aku nampak budak tu ada, dia tengah main bola." Nana umpan Mira untuk ke padang.
"iye ker?...jomlah, tadi dekat sekolah aku tak nampak dia." Mira berkata.
Mira dan Nana bergegas ke padang yang berdekatan dengan rumah mereka. mereka berdua memang suka bermain jongkang=jongkit serta buaian di waktu petang macam ini. Sambil mereka bermain, mereka mencuri padang seorang budak lelaki yang sedang main bola bersama kawan-kawannya. Tiba-tiba......
"Aduh!!" Mira menjerit kesakitan. Secara tidak sengaja bola terkena di kepala Mira, datang seorang budak lelaki yang agak tinggi serta berambut belah tengah menegur mereka berdua.
"Maafkan saya awak, saya tak sengaja sepak bola tu, mari saya tengok teruk tak?" tegur budak lelaki itu. Budak lelaki itu melihat sedikit lebam di kepala Mira.
"awak nie lain kali sepak bola tu perhatikan lah sekeliling dulu, sini kan tempat budak-budak main buaian." sedikit suara marah Mira menegur budak lelaki itu.
"Saya kan tadi kata tak sengaja, maafkan saya yer?" sahut budak lelaki itu.
"tak apa lah, benda sudah jadi lagi pun tak teruk sangat, kalau budak kecik tadi memang nahaslah awak nanti." Mira tidak mahu perkara kecil diperbesarkan.
"terima kasih maafkan saya, saya syafiq" budak lelaki itu menperkenalkan diri tanda mahu bersahabat.
"sama-sama, saya Mira dan nie Nana" Mira juga menperkenalkan diri dia serta kawannya.
"hai" sambil Nana tersenyum.
"wei syafiq! berapa lama kau nak ambik bola tu?" kawan-kawan Syafiq memangil.
"ok..ok...sekejap aku datang, Mira saya minta diri dulu lain kali saya tak buat lagi dekat Mira yer" Syafiq menjawab.
"ok tak apa" Mira berkata.
"bye"
"bye" sambil melihat syafiq kembali ke tempat main bola, Nana menjelinh ke mata Mira sambil tersenyum.
"Hai, rezeki kau lah kan dapat berkenalkan dengan Syafiq tu walaupun nie kepala kau benjul..hehehe.." Nana mengusik. Mira terus cubit Nana. Tidak berapa lama mereka berdua pulang ke rumah masing-masing.
di malam hari......
Mira tersenyum-senyum sendiri teringat kejadian di petang tadi sampai terlena.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my favorite song for this drama..

my favorite japanese drama..with love..