eVERTHING IS cUTES jUST CLICK THIS PICTURE

Jumaat, 22 Januari 2010

Cinta Datang Dari Mimpi

Mimpi..mungkin satu imaginasi dan mungkin juga satu petanda. tetapi bagi aku ia satu petanda apabila mimpi itu sering muncul setiap tidurku. adakah mimpi itu boleh menjadi kenyataan?
************************************
"mira! bangun...sudah pukul berapa nie, nanti lambat ke sekolah" suara ibu ku yang mengejutkan aku dari tidur yang indah.
"iyer...mak..mira nak bangun lah nie.." dengan malas aku menjawab pangilan ibu ku. aku bergegas ke tandas untuk bersiap-siap ke sekolah.
pada masa itu umur mira baru mencecah dua belas tahun dan bersekolah di sekolah awam. mira seorang sahaja anak perempuan bagi Puan Fatimah dan Encik Zahar. mira mempunyai seorang abang yang umurnya hanya tua empat tahun darinya.
"sejuknya air nie, nasib baik lah hari nie sekolah kalau tidak jawabnya lewat lah aku mandi" kata mira di dalam hati. setelah siap mira mandi dan berpakaian sekolah, kelam kabut mira menjamu sarapan nasi goreng kampung serta air milo suam yang telah tersedia di meja makan.
"mak hari ini ada bekal tak?" tanya mira kepada ibunya.
"ada...itu mak dah masuk dalam beg kertas nie." jawab ibunya sambil menunjukkan bekal buat anak kesayangannya yang terletak di hujung meja makan. mira memang selalu membawa bekal makanan kesekolahnya kerana mira lebih suka masakan ibunya sendiri.
pon!..pon!..pon!
"cepat mira pakai kasut, bas sudah sampai."bising ibunya.
"mak, mira pergi dulu, assalammualaikum." mira salam tangan ibunya sambil mengucupnya.
berlari-lari anak mira ke bas. bas tersebut terus menuju kesekolah selepas mengambil murid-murid lain.
"mira, kau sudah siap kerja sekolah yang cikgu musa bagi semalam?" tanya nana kawan rapat mira dikelasnya.
"sudah siap lah, kenapa nana? kau tak siap yer?"jawabku sambil tersenyum.
" tahu tak apa." jawab nana tersengih-sengih.
mira sudah biasa dengan tingkah laku nana, dia terus mengambil buku dari begnya untuk diberi kepada nana. nana cuma tidak siap beberapa soalan sahaja kerana dia tidak berapa tahu macamana hendak menjawabnya. sambil nana menyalin jawapannya, mira memberi tunjuk ajar kepada nana. akhirnya siap juga kerja sekolah nana. lima minit selepas itu, cikgu musa pun sampai ke kelas.
"bangun semua....,selamat pagi cikgu" jerit azam, ketua kelas 6 bijak.
"selamat pagi cikgu!" semua murid kelas memberi salam.
"selamat pagi, duduk semua, tetapi sebelum itu, kerja sekolah semalam yang cikgu bagi sila hantar sekarang. azam kutip semua buku itu yer." jawab cikgu musa kepada anak-anak muridnya.
"nasib baik aku sempat juga siap kerja nie, kalau tak nahas aku. terima kasih mira." sambil nana memberi buku sekolah itu kepada ketua kelas.
"kau nie memang suka buat kerja 'last minute'.." sakat azam.
************************************
esok kita sambung balik yer....jangan marah...:)

Rabu, 20 Januari 2010

blog update

sekarang blog dh ok sikit...dh kira cantik lah jugak...nanti nak try lg lawa...hihihihi...

Jumaat, 8 Januari 2010

baru bermula..

hmmm...saya baru mula nak buka blog...saje nak cuba-cuba...hehehehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my favorite song for this drama..

my favorite japanese drama..with love..